Toyota Kijang
Toyota Kijang

Toyota Kijang

Toyota Kijang awalnya adalah model kenderaan niaga yang kemudian bertukar menjadi kereta keluarga buatan Toyota, dan merupakan kenderaan paling popular untuk kelas bas mini di Indonesia. Toyota Kijang hadir di Indonesia sejak tahun 1977 dan pada masa ini merupakan salah satu model Toyota yang berjaya secara komersial sampai sekarang. Sehingga pelbagai varian dan generasi kereta ini boleh didapati dengan mudah di seluruh pelosok Indonesia.Kejayaan Toyota Kijang telah memberi kesan dengan kemunculan kereta-kereta sejenis yang meniru konsep daripada Toyota Kijang (terutama dari segi nama haiwan), misalnya Isuzu Panther dan Mitsubishi Kuda serta Daihatsu Zebra. Selain di Indonesia, sebelum hadirnya generasi "Innova", Toyota Kijang juga dijual di Malaysia dengan nama "Unser", Filipina (Toyota Tamarraw / Revo), Taiwan (Toyota zace surf), Vietnam (Toyota zace), India (Qualis) dan Afrika selatan (Toyota Condor Hi-Roof)